Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Wednesday, 15 June 2016


Program Walkabout oleh Menteri Pendidikan Malaysia Dato' Seri Mahdzir bin Khalid ke SK Seri Makmur Sekolah Kluster Kecemerlangan pada 13 Jun 2016. Beliau telah meninjau masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah antaranya masalah pendawaian elektrik sekolah.





Monday, 11 April 2016

KANTIN SK SERI MAKMUR merupakan wakil Negeri Selangor 2016. Doakan kejayaan buat kantin SKSM








TAHNIAH....
Kepada semua warga  SK Seri Makmur atas kejayaan penarafan 5 bintang bilik sumber PPDa Negeri Selangor, terbaik Selangor

dan kami akan doakan kejayaan diperingkat Kebangsaan

Video Korporat Bilik Sumber PPDa SK Seri Makmur
Tahniah buat permata FC Seri Makmur kerana berjaya merangkul johan bolasepak anjuran sb football club pada Hari Sabtu 9



Januari 2016 bertempat di Sk Sungai Haji Dorani 👍👍



Kem Membaca 1 Malaysia berlangsung selama 3 hari bermula 11 April sehingga 13 April 2016 dipenuhi dengan pelbagai program galakan membaca dengan harapan dapat memupuk minat membaca dalam kalangan permata SK Seri Makmur 



Friday, 8 January 2016

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-41


Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-41 berlangsung pada hari ini, 9 Januari 2016. Dirasmikan oleh En Muslimin Yahaya wakil kepadaYB Dato' Hjh Noriah Bt Kasnon, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi Merangkap Ahli Parlimen Kawasan Sungai Besar.

Thursday, 7 January 2016

MAULIDURRASUL 2016

Sambutan Maulidurrasul 2016 SK Seri Makmur telah dijalankan pada pagi 8 Januari 2016 dan diketuai oleh Tuan Guru Besar Ustaz Mohd Zamri b Abdul Latip.

Wednesday, 18 November 2015

UPSR 2015

Tahniah untuk SK Seri Makmur Sekolah Kluster Kecemerlangan atas keputusan UPSR yang memberangsangkan.Sebanyak 27 calon telah mendapat 5A.


MAKLUMAN GURU

MISI
Data PBS Tahun 1,2,3,4,dan 5 (OFFLINE) Perekodan: Semua guru lengkapkan borang perekodan bagi maklumat semester 2 dan cetak 2 salinan(salinan guru MP,salinan disimpan dalam folder) Sila masukkan sendiri kedalam folder perekodan dibilik Panitia mengikut aliran Tahun 1,2,3,4 dan 5.Kemaskini folder JK PBS-penyelaras,SU PBS Tahun 1-5
Kebitaraan akademik Bahasa Melayu & Kebitaraan Hoki; Penyediaan RFP 2016 mesti disiapkan dan dihantar selewat-lewatnya 23 November 2015

Buku Ringkasan hendaklah dihantar setiap minggu (Jumaat) untuk disemak bagi pengisian Maklumat Prestasi Perkhidmatan

Pelaksanaan Frog VLE : Semua guru mesti tahu password dan id masing-masing dan digalakkan login sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Guru GM1M perlu lebih aktif login untuk murid setiap hari.
Data e Operasi: Boleh dibuka dan disemak maklumat terutama tarikh lantikan dan pengesahan/elaun/emel peribadi/no cukai pendapatan/no kwsp/taraf jawatan dan kursus-kursus 2015
Data e PRESTASI PBPPP ; Penilaian fasa kedua akan bermula dari 1 Oktober hingga 15 Disember 2015

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...